The KLIAV show is not only about hifi, headfi and AV equipment. It is also an event where audiophiles seek their good quality recordings and music either on LP or CDs. I used to purchase MA Recordings CDs (Todd Garfinkle) and also from Thailand's recording studios especially their MQA CDs. But among all the available music to be purchased at the show, most show-goers are looking forward for for the KLIAV Commemorative CD itself. This year is of no exception. The 9th edition is already here and each entry ticket purchased will come with this CD.
2 Copies were sent to me by Joseph Ki himself which one of it is for El Hefe's HiFi Review contributor, Shaiful Anuar.
There are 16 tracks on this CD and as usual it includes different musical genres. It also includes the following:
1 special composition for KLIAVS by Darren Jenkins (Far Cry North)
2 tracks by COI Records which also released its own Ultimate Audiophile Test Disc below
2 tracks by Fiona for the album Call My Name, produced by ASI
Make sure you get your copies when you purchase your entry tickets to the show.
COI Records have also released their Ultimate Audiophile Reference Test Disc which will be made available at a special price of RM59.90 for the first 100 copies each day during the show. Quoted from its guidebook - "We hope to share this precious knowledge and experience with all music lovers and hifi enthusiasts. Hoping you all can save some time and money in the pursuit of Audio Nirvana"
This is a 2 CD test discs that covers the following:
ASI (Acoustic System International) also produced and released this album by Fiona entitled Call My Name and will be available at the show. Not only the songs on this album are soothing but it was also recorded and mastered to have maximised dynamics and each track offers different musicality and colour, according to ASI.
Special thanks to Koo and Loon (COI Records), Joseph Ki and 3DotEvents, Steve Chua, John Yew (CMY) and Frank Tchang (ASI) for the CDs.
Tukang rentak, pemukul deram, drummer, pemain perkusi... apa jua nama diberi, jarang orang ramai atau peminat mana2 kugiran akan menyebut2 tentang posisi ini apabila berbicara mengenai sesebuah kugiran. Mungkin kerana pemain deram dan alatnya sering diletakkan di belakang ketika konsert. Jaranglah orang nak melayan pemain deram. Kalau orang layan pun, kalau ada slot solo bila penyanyi nak rehat.
Saya, sebagai seorang pemain deram yang terror lebih sikit dari Dave Grohl :), apabila melihat Sang Gendang (nama FB En. Yazit, pemain deram Search) menubuhkan sebuah kugiran baru bernama Rampage, saya terpanggil untuk mengikuti perkembangan kumpulan ini. Apabila pengumuman mengenai pelancaran album/EP pertama mereka muncul di FB minggu lalu, saya langsung terus membuat tempahan. Hasil karya mereka dikeluarkan di dalam bentuk CD. Turut disertakan bersama CD ini ialah poster dan mini booklet.
Tidak perlu dipertikaikan kewibawaan barisan pemuzik di dalam Rampage. Semuanya menyumbang ke arah satu kelainan di dalam industri muzik tanahair.
Terdapat 5 buah lagu dimuatkan di dalam debut ini.
Torpedo
Selimuti Hawa
Hipokritik
Apa Mahu Mu
Rempuh
GENRE BARU?
Agak sukar bagi saya hendak merumuskan genre yang di bawa oleh Rampage. Dari segi susunan lagu, setiap lagu mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Dan di dalam setiap lagi itu juga terdapat rentak2 yang berlainan.
Sebagai contoh, lagu rock ballad Apa Mahu Mu (lagu kegemaran saya) dimulakan dengan melodi yang gemalai dengan petikan gitar dan permainan cymbal yang gemersik. Tempo dilajukan dengan petikan gitar solo yang banyak mengingatkan saya kepada lagu2 ballad Bon Jovi. Di penghujung lagu ini pula, tempo dilajukan lagi. dengan En. Yazit kita memberi lebih tenaga kepada bahagian ini. Vokal dan gitar juga lebih bertenaga.
Berbeza pula dengan Hipokritik di mana permainan perkusi dimulakan dengan pengaruh lebih kepada nusantara. Petikan gitar juga, sekali dengar macam alat muzik sape sebelum efek dimasukkan. Apabila lagu memasuki bridge yang pendek, melodinya seakan2 ke arah Ugly Kid Joe (I Hate Everything About You). Amat segar dan berbeza melodinya. Korusnya yang dalam Bahasa Inggeris juga membawa kelainan di dalam persembahan lagu ini.
Untuk 3 lagu yang lain, saya tidak akan menaik muat sampler untuk menyimpan sedikit elemen kejutan kepada peminat rock tanahair. Selimuti Hawa merupakan satu lagi lagu killer pada saya dengan permainan bass yang padu. Memang jelas dapat diperdengarkan kekuatan lagu ini adalah pada melodi bass dan permainan snare En. Yazit kita.
Torpedo pula dimulakan dengan ngauman gitar yang berat. En. Yazit pula bermain hi hat secara terbuka dengan drum roll yang padu. Agak menarik pendekatan ini di mana En. Yazit memuatkan tidak kurang daripada 4 atau 5 rentak yang berbeza.
Lagu Rempuh pula juga menjanjikan kelainanan dengan gorengan gitar solo di awalnya. Rentak yang dibawa masih berat dan riff gitar dan melodi bass yang berirama ala2 alternative juga adanya.
MUTU ADUNAN AUDIO?
Rampage telah menitik beratkan mutu adunan di mana vokal dan semua alat muzik jelas keperinciannya. Tidak ada elemen suara tenggelam apatah lagi ketidakseimbangan frekuensi. Paluan deram En. Yazit jelas padunya termasuk juga pedal bassnya. Melodi gitar bass jugak amat jelas dan gorengan gitar solo dan efeknya melahirkan satu persembahan yang agak modern berbanding dengan zaman 'rock kapak' yang saya membesar dengan. Semua ini di perlengkapkan dengan vokal yang bertenaga dan berintonasi dengan jelas.
KESIMPULAN?
Satu perkataan sahaja.... BELI.
Nak lebih? Satu khazanah baru dalam persada muzik tanahair.
While thousands around Malaysia celebrating Record Store Day, there was one venue that took this special day to launch a new music shop. Its not just another music shop but it comes with a theme...a theme known by all rock kapak fans.. Its called Fenomena Music. Located in Plaza Damas, right beside the existing Dream Studio. It is under the same management of Dato Zaharul Anuar.
It was also not just a launch as there were several special events planned on that day:
Launching of the reissue of Fenomena Double LP which was opened for pre-order for the first numbered 100 copies at a discounted price of RM275. Expected to be released by June 2017.
Listening session of the double LP Test Pressing
Special RSD issued 2 tracks Fenomena EP and the full album signed by the cover design artist Tapa Otai
Meet and Greet session with Search
Wings Belenggu Irama green vinyl that comes with a T-Shirt.
I arrived slightly early at 1120 am instead of the start time of 12 pm. Mainly to get a good parking! So it was still a quiet affair at that time. The crew were still busy doing lats minute preparation. It didn't really look like an RSD day but more of a Search day which I am ok with that. The main reason I was here is because of Search.
Music is fun but when I see Datuk and his crew breaking their back preparing the venue, I realise that it is hard work to ensure things are in order for the artist and fans. Most people think it is a walk in the park for those working behind the scenes to get the music to the fan base.
By 1245 pm, the Vespa team arrived lead by the one and only, Amy Search.
Amy came in a full coveralls, maybe oil and gas companies can take him as a resident artist for the offshore operations (joking). Soon after, the rest of the band members arrived but of course still without Yazit the drummer.
By 2 pm, the Fenomena Music shop was officially launched by Search. ... and soon after that the door was open for fans to start shopping and pre order the Fenomena double LP.
All and all, it was a different RSD atmosphere here where the guests were mainly here for Search. Thank you to Fenomena Music for bringing new opportunities for local music fans to meet their favourite artist and also to have the chance to own the Fenomena LP at a more practical price compared to the ones online.
Dalam beberapa minggu lepas, gelombang
penerbitan semula album2 lama muzik tempatan telah dikejutkan oleh beberapa
perbincangan alam maya mengenai kualiti penerbitan semula itu. Walaupun banyak
yang memberi pendapat yang membangun tetapi ada juga yang berbaur menghina dan
tohmahan. Pada pendapat saya, ini tidak seharusnya berlarutan di dalam industri
muzik kita yang tidaklah sebesar mana. Apa yang merisaukan saya ialah pihak2
yang bertungkus lumus untuk membawa semula nostalgia muzik2 80-an dan 90-an
dalam bentuk piring hitam mahupun juga cakera padat ini berpatah hati dan
menghentikan perancangan untuk menerbitkan lebih banyak album2 lain. Secara
peribadi, saya amat bersyukur kerana di zaman 80-an dan 90-an, saya tidaklah
mampu untuk membeli CD atau LP. Kaset pun, terpaksa betul memilih kerana dalam
setahun, saya hanya mampu menyimpan duit saku untuk membeli dua kaset sahaja.
Saya lebih banyak berharap kepada Pilihan Bersama FM Stereo untuk memutarkan
lagu2 kegemaran saya di mana saya akan merakamkannya ke dalam kaset kosong.
Namun, tahniah diucapkan kepada
syarikat seperti Dream Studio yang terus berkhidmat untuk memberi peluang
kepada peminat2 muzik tanahair untuk memiliki album2 kegemaran mereka dalam
bentuk piring hitam atau CD. Yang terbaru dan hangat diperkatakan sekarang
ialah penerbitan semula album Belenggu Irama oleh kumpulan Wings dalam bentuk
piring hitam (LP). Bermula dari semalam 6 April hinggalah Ahad ini 9 April,
keluaran terhad piring hitam album ini ada dijual di Istana Budaya bersempena
Konsert Wings and Super Friends di sana.
Seperti juga album Hijau Zainal
Abidin, saya telah diberi peluang untuk menilai Test Pressing album Belenggu
Irama ini sebelum penerbitan semula secara keseluruhan. Keluaran semula kali
ini telah dilakukan di negara Jerman.
Inspirasi Taming Sari Edisi Pertama
Inspirasi Taming Sari Test Pressing
Semasa memutarkan lagu Inspirasi Taming Sari, terus saya
dapat rasakan impak dari adunan semula album ini. Ianya lebih bertenaga
daripada edisi pertama. Nada rendah atau bass lebih padu di mana pukulan deram
Black jelas lebih jitu dan keras, menepati genre rock yang dibawa oleh Wings.
Petikan gitar Sham juga sangat bertenaga dan berat. Vokal Awie walaupun tidak
sebesar vokalnya sekarang, boleh dikatakan lebih jelas daripada edisi pertama.
Bergantung juga kepada kartrij yang digunakan, edisi ini juga memberi peluang
kepada pendengar untuk menikmati pementasan audio yang lebih luas berbanding
dengan edisi pertama di mana bunyi agak tertutup tetapi fokus.
Biarkan Berlalu TP
Pengalaman yang sama saya alami apabila memutarkan lagu Biarkan Berlalu. Pementasan audio yang luas memberikan kepuasan seperti menonton Wings secara live. Ia berjaya menyampaikan suasana audio yang lebih menyeluruh dan emosi genre rock balada ini dapat saya menjiwainya dengan lebih kepuasan. Dapat saya rasakan semula perasaan saya pertama kali mendengar kaset Belenggu Irama di era 80-an. Setiap alat muzik dan vokal sememangnya timbul secara seimbang dan tiada satu elemen yang ditenggelami oleh elemen lain.
Secara keseluruhannya, agak puas hati saya mendengar Test Pressing ini. Ianya mngkin masih belum mencapai tahap audiophile tetapi sememangnya ada elemen peningkatan dapat didengar pada keluaran semula ini berbanding dengan edisi pertama. Kekuatan lebih kepada nada audio seimbang dan bass yang lebih padu. Mungkin juga ada pendengar yang akan mengatakan nada tinggi atau treble nya agak tinggi tapi ini mungkin lebih bergantung kepada sistem masing-masing. Untuk peminat Wings, melainkan anda mahukan edisi pertama yang boleh mencecah RM1,000 di pasaran online, LP keluaran semula ini harus menjadi sebahagian daripada koleksi anda. Kualiti bunyinya walaupun subjektif kepada setiap pendengar, ianya masih jauh lebih menghiburkan berbanding dengan kaset rakaman saya daripada Pilihan Bersama FM Stereo.
LP ini boleh dibeli di Istana Budaya sehingga 9 April ini pada harga RM175. Sebahagian dari harga jualan akan disalurkan kepada badan2 kebajikan.
Sejak tahun lepas, peminat lagu2 tempatan 80an dan 90an telah disajikan dengan pengeluaran semula piring2 hitam artis tempatan dan negara jiran yang terkenal seperti Wings, XPDC, Ella dan Rusty Blade. Ternyata peminat2 rock tanahair agak teruja dengan peluang untuk mengimbas kembali nostalgia rock mereka dengan memiliki edisi terhad piring2 hitam ini. Walaupun terdapat beberapa kelemahan dalam pengeluaran LP tempatan ini, pihak terbabit seperti Dream Studio, Warner Music, Life Records masih tetap terus mencuba untuk menghasilkan LP yang lebih mantap untuk memberi peluang kepada peminat muzik tanahair mengimbau kembali bagaimana muzik dinikmati di era 80-an dan 90-an.
Sekarang, pengeluaran LP diperkembangkan lagi ke genre muzik tempatan yang lain. Pemilihan album Hijau oleh Zainal Abidin, antara penghibur tersohor negara, sebagai LP pertama untuk keluaran semula bagi genre selain rock memang dialu-alukan oleh peminat muzik tanahair. Tidak dapat disangkalkan, lagu-lagu dalam album ini telah membentuk satu ikutan genre yang baru sekitar 90-an. Bahkan lagu Hijau tersebut masih lagi dimainkan pada hari ini di peringkat sekolah dan tadika bagi memupuk perasaan cintakan alam sekitar ke dalam kanak-kanak. Usaha untuk menerbitkan semula album ini diterajui oleh Dream Studio di bawah kelolaan Dato Zaharul Anuar sejak tahun lepas lagi dan akhirnya, hasilnya akan dapat dimiliki oleh peminat Zainal Abidin bermula daripada 17 haribulan Mac ini.
Dengan izin Dream Studio, saya berkesempatan untuk membuat sedikit ulasan ke atas Test Pressing album ini beberapa minggu yang lalu. Album ini telah diadun semula di Australia di mana Test Pressing ini dihantar ke Kuala Lumpur untuk pemeriksaan akhir sebelum proses pengeluaran 500 keping LP dijalankan. Mujurlah saya juga memiliki LP album ini dari keluaran pertama pada tahun 1991. Maka bolehlah saya bandingkan serba sedikit mutu audio yang akan disajikan kepada peminat Zainal pada 17 Mac ini.
Kali pertama saya memainkan Test Pressing ini menggunakan pemain piring hitam Lenco L78 dengan kartrij MM, soundstage atau pementasan audio nya agak luas berbanding dengan keluaran pertama. Adunan semula jelas menekankan clarity atau tahap kejelasan audio di mana vokal Zainal jelas diketengahkan. Dari sudut treble atau spektrum frekuensi tinggi, sekali lagi jelas diperdengarkan. Walaubagaimanapun, ini telah mebuatkan bass atau spektrum frekuensi rendah agak kurang ditekankan. Ini mungkin berdasarkan genre muzik nusantara yang lebih santai dan kurang 'dentuman' bass. Secara keseluruhannya, pementasan audio yang dipersembahkan dari pengeluaran semula LP in sememangnya menghala ke arah tahap kejelasan vokal dan lapisan instrumen etnik yang digunakan. Bahagian bass tidaklah begitu menonjol dan ini membantu untuk melahirkan pementasan audio yang lebih luas.
Hijau Test Press on Lenco L78
Ada juga beberapa ketika di mana bunyinya agak nyaring apabila dimainkan di atas pemain Lenco L78. Maka, saya mainkan semula Test Pressing ini menggunakan kartrij MC dengan pemain ClearAudio. Ciri2 audio yang agak serupa dapat didengarkan tetapi dengan pementasan audio yang sedikit lebih kecil berbanding dengan Lenco tadi. Tetapi sekali lagi, clarity atau tahap kejelasan audio terutama vokal memang jelas diutamakan. Kenyaringan bunyi lebih terkawal apabila dimainkan di atas ClearAudio. Lebih santai dan gemalai. Tahap bass masih sama, lebih kepada audio latar belakang.
Hijau Test Press on ClearAudio
Setelah mendengar beberapa kali Test Pressing ini, dapatlah saya simpulkan di sini yang adunan semula album ini telah menekankan kepada meluaskan spektrum pementasan audio dan tahap kejelasan vokal dan treble. Ianya boleh lah dikatakan sebagai satu usaha unutk memberi peminat Zainal satu kelainan berbanding ning dengan keluaran pertama LP ini pada tahun 1991.
Sedikit kegusaran yang telah saya utarakan kepada pihak Dream Studio ialah mengenai bilangan lagu pada keluaran LP ini. Setelah melihat senarai lagu, barulah saya perasan yang keluaran kali ini akan terkurang satu lagu berbanding dengan keluaran pertama. Agak terkejut juga melihat yang lagu tersebut yang digugurkan ialah Ikhlas Tapi Jauh, satu lagi killer song Zainal. Setelah mendengar penjelasan dari pihak Dream Studio, ia sememangnya tidak dapat dielakkan demi mengutamakan mutu audi yang inigin disampaikan kepada peminat. Di bawah adalah penjelasan rasmi dari mereka.
Kesimpulannya, pengeluaran semula LP Hijau ini merupakan satu sejarah buat peminat Zainal Abidin. Proses pengeluaran semula LP tempatan terus diperbaiki dari masa ke semasa dan LP Hijau ini boleh dikategorikan sebagai 'Mesti Milik' untuk mengabadikan satu lagi khazanah tempatan. Untuk menempah LP ini, bolehlah hubungi Dream Studio melalui Facebook.
I have a confession to make. I am quite ashamed that I have lost touch with the development of the local underground scene. I still follow the scene but mostly the bands that was in my era of growing up and when I was still patronising the local gigs. Names like SilKhannaz, Brain Dead, Nebiras, Silent Death, Carburetor Dung, The Pilgrims, The Bollocks, The Splatters are among the bands that I still spin their music. Coming back to this LP, I was intrigued to see The Pilgrims was in the line up. So, that was my first driver to quickly get a hold of this LP. Second reason was that the Volume 1 was so good as well.
What is the best time to listen to this LP? Of course early in the morning, with a cup of coffee and roti bakar. I started to spin this LP as early as 630 am. Ten bands contributed towards this compilation. All with different genres which made this compilation a very interesting mix. Although it titled as Malaysia underground, this did not stop for the label to include a Singaporean band called Ammarah to join in the fun.
Achtung Riders
Now, as The Pilgrims was the only band on this LP that I am really familiar with, I immediately cued my stylus to the last track on Side A to listen to Achtung Riders. Very refreshing indeed. Its not really the Perfume Garden type of punk rock where Sua Sue Good Morning will make you jump for joy. But its more energetic and heavier than the normal punk rock tune they play. Just listen to the thunderous double pedal throughout the song. The vocal was also clearly presented with a very growly pitch that fits the track nicely. It was not lost in the music mayhem of heavy guitars and drums. It reminded me of Pennywise as I can feel the angst.
Sengsara
Ammarah caught me by surprise as their track was equally superb. The vocal was quite melodic and suits well with the guitar tune. Very impressive lyrics in Malay. Super impressed with how the vocalist pull off this track. Will need to find out more about this band.
It goes the same for the other tracks. Very impressive for a local production. They have improved from the Volume 1 which I already thought was quite good. They must have done quite a lot of work to master/remaster the tracks as it sounded very wholesome with big soundstage but still maintains its rawness. Clarity of vocals, punchy double pedals, roaring guitar leads, shredding rhythm and a hint of bass strings made this LP production one of the better one in the local scene. Seriously, this LP can easily put shame to the recently reissued 'super warped' Ella LP by Warner Music. I guess it pays to remain underground and not controlled by the super capitalist of the local music scene.
Congrats to Vinyl Passion....Beattle Blakk, Shufian and their gang.
Peminat rock kapak tanahair sekali lagi disajikan dengan hidangan LP yang ganaih. Keluar dengan versi tiga warna yakni merah, hitam dan biru, LP Wings berjudul Hukum Karma ini merupakan LP tempatan terbaru yang telah mula diedarkan oleh Zan Din di bulan Disember 2016 untuk versi merah dan hitam. Ini disusuli dengan versi biru yang diedarkan oleh Dream Studio di bawah kelolaan Dato Zaharul Anuar pada penghujung Januari 2017.
Apa bezanya antara ketiga2 versi ini? Semuanya agak sama kecuali versi biru dikeluarkan dengan pakej T-Shirt dan bandana. Di masa yang sama, CD Edisi Emas dengan dua lagu tambahan juga diedarkan pada waktu yang sama (jualan asing).
Taman Rashidah Utama
Saya telah membeli kesemua versi LP ini semata-mata kerana nostalgia membesar dengan alunan muzik Wings. Lebih2 lagi, album ini diperkenalkan kepada saya dalam bentuk kaset oleh abang saya, agak2 sekitar 1988 atau 1989.
Dari segi pengeluaran, kualiti kulit luar dan poster amat memuaskan. Kualiti kulit dalam diperbuat oleh kertas putih. Agak biasa. Untuk versi biru, pengeluaran 100 yang pertama telah di cap dengan nombor bersiri 1 ke 100.
Yang lebih penting sekarang adalah mutu bunyi yang dikeluarkan. Seperti yang kita semua maklum, pengeluaran LP mesti menitiberatkan penjagaan kualiti pada setiap tahap pengeluaran. Setiap tahap akan mempengaruhi mutu audio yang dihasilkan. Apabila lagu Taman Rashidah Utama diputarkan, jelas dapat didengar mutu audio yang agak bertenaga dan pementasan bunyi yang agak luas. Ini dapat didengar dari bunyi hujan semasa pembukaan lagu ini. Satu kelebihan LP ini ialah fokusnya terhadap vokal Dato Awie yang diketengahkan. Selain itu, bunyi paluan deram oleh Black amat padu bunyinya dan tidak berkecamuk atau dalam istilah Inggeris muffled sound. Setiap paluan tom2 dan pedal kaki amat bertenaga. Gorengan gitar Joe pula walapun nyaring, ia adalah di tahap yang sesuai untuk menonjolkan konsep rock kumpulan Wings.
Hikayat Penuh Ranjau
Terus terang saya nyatakan, lagu kegemaran saya dalam album ini bukanlah Taman Rashidah Utama atau Misteri Mimpi Syakila. Lagu kegemaran saya adalah Hikayat Penuh Ranjau. Melodi yang rock tapi indah ini berserta dengan lirik yang mudah, serba sedikit mempunyai kesan peribadi buat saya. Di sini juga, mutu audio yang dilahirkan memperketengahkan vokal Dato Awie yang garau dan rock dengan amat baik. Petikan bass oleh Eddie juga agak melodik di dalam lagu ini.
Secara keseluruhannya, pengeluaran LP agak bagus. Ada sedikit kelemahan dari segi bahagian nada tinggi tetapi ia tidaklah mencacatkan pengalaman mendengar lagu-lagu di dalam LP ini.
Kepada peminat rock tanah air, LP ini haruslah menjadi sebahagian dari koleksi LP anda. Belilah jikalau anda memang pengguna LP sebagai sumber musik anda. Untuk membeli LP ini, bolehlah hubungi Dream Studio atau melalui Raja2 LP Malaysia di Facebook seperti Sezali Zakaria, Jpari Din, Zan Din dan ramai lagi.
Frasa kunci di sini adalah - Edisi Terhad! Apabila kesemua stok telah dijual, tiada lagi pengeluaran akan dibuat. Jikalau tidak silap, hanya 1000 keping dihasilkan untuk semua versi digabungkan.
Terima kasih khas buat Dato Zaharul dari Dream Studio dan juga Zan Din kerana berusaha untuk mengeluarkan LP keramat ini.
The KLIAV show this 22 to 24 July weekend promises another fantastic show with various aspects of the 2 channel, home theatre and headfi galore. With that in mind, visitors will again be receiving this limited edition CD. In its 5th year of production, I found that the track compilation done by Jo Ki represents the very essence of music listening variety and topped up by excellent sound quality.
All 16 tracks cover a good individual strength from solo vocal, string works, low end bass, percussion and not to mention vocal harmonies. This compilation offers listener at least for me that is, introduction to new artist and their own composition or renditions of evergreens like Come Together.
Track 1 by Doug Macleod kicks off in a country manner with a good relaxing mood followed by a Chinese track Wang Yun Yi. The beauty of music overcomes any language barrier as I quiet enjoyed the vocal on this number. My personal favourite is the guitar works on track 5 Ajda and track 12 Come Together by Antonio Forcione. Excellent arrangement with very detail recording quality. Reminds me of the legendary Nils Lofgren live acoustic album.
Percussion was another highlight on this compilation. Play the track Golden Spear Steel Horse and you can give your hifi system a gooooodd nice whack.... I mean test :)
This CD alone makes it worthwhile to visit the show this weekend. Each paying visitor will receive this Limited Edition CD but while stock lasts.
Rusty Blade.... kepada peminat rock kapak di rantau ini.... nama kumpulan ini semestinya tidak asing kepada mereka. Kugiran rock yang amat berpengaruh suatu masa dulu ini, sudah berusia 30 tahun ini. Untuk meraikan pencapaian ini, Dream Studio telah mengembalikan zaman kegemilangan Rusty Blade dengan melancarkan edisi terhad EP pertama mereka 786 Ikrar Perwira EP dalam bentuk piring hitam. Piring hitam ini dipasarkan oleh Dream Studio dan telah dilancarkan secara rasmi pada 16 hb Mei baru-baru ini.
Sejak kebelakangan ini, peminat piring hitam tanahair sering mendapat berita mengenai rancangan beberapa syarikat rakaman untuk memasarkan kembali album-album klasik kumpulan rock di sini seperti Search, Wings dan sebagainya. Walaubagaimanapun, berita hanya tinggal berita buat masa ini. Dengan adanya usaha Dream Studio yang dimiliki oleh Dato Zaharul Annuar ini, agak terubat rasanya perasaaan menunggu para peminat rock kapak dan piring hitam tanahair. EP ini menganduingi 5 buah lagu:
Lampiran A
786 Ikrar Perwira
Gadis Lincah
Darah Muda
Lampiran B
Pemuda Rock N Roll
Pertama dan Terakhir
Mengenai mutu pencetakan semula album ini, ia boleh dikatakan berada di tahap yang amat memuaskan. Ini termasuk juga kulit luar yang agak tebal dan 'glossy' dan juga poster yang lebih menyerlahkan keistimewaan piring hitam ini. Piring hitamnya sendiri merupakan kualiti tinggi dengan berat 180 gram di mana kebanyakan orang melabelkannya sebagai tahap 'LP audiophile'. Mutu bunyi pula amatlah memuaskan di mana adunan gitar, dram, bass dan vokal begitu padu dan terperinci. Kekuatan LP ini pada saya adalah lebih kepada vokal Yantzen yang timbul walaupun adanya petikan atau gorengan gitar Khalid yang sememangnya rock. Amat memuaskan!
Kepada peminat rock tanahair dan serantau, ini adalah satu EP yang tidak boleh dilepaskan peluang untuk memilikinya. Lekas-lekas lah hubungi Dream Studio di talian 03-62010372
Diharap juga syarikat-syarikat rakaman atau peminat seni individu di Malaysia lebih bersungguh-sungguh untuk memasarkan kembali album-album rock kapak dari era 1980 dan 90 an.
Dipersilakan untuk mendengar sampel lagu dari EP ini.
In the past few years, the vinyl revival have hit the local scene as well especially the non main stream artists. With pioneers like Sil Khannaz, The Bollocks, Langsuyr, FTG etc... all of them have reissued or press some of their newer materials on LP, no surprise that others will start to follow.
I accidentally became friends with a fine gentleman named Fairuz via our similar passion of good music reproduction system a.k.a HiFi, but only after about 1.5 years that I know he plays in a band back in Ipoh. MUCK is the name and refreshing tunes is their game. Recently, MUCK has announced that they will be launching their very first album in style...... An LP + CD package with goodies for the pre-order units. I immediately pre ordered one without really knowing what kind of music they play. But in the spirit of supporting local non main stream artists, I did not hesitate to pre order it.
Finally last week, I receive the beautifully packed package complete with a poster, postcard and button badge. And I got number 37 out of limited 300 pieces. Immediately I started spinning it and yes... I like what I hear. I cant really figure out how to classify their musical genre (no... they do not play thrash music)... the first track Where Only You Belong... sounds like they are influenced by fuzzy Brit pop like Supergrass and Ocean Colour Scene. This by the way is my favourite track.
Music is subjective. You need to listen to it by yourself and decide whether you like their music or not. I like it but don't sue me if you don't :). This album was recorded in Damansara Perdana and mastered by Jack Endino at Sound House, Seattle. The LP itself was pressed in Australia.
How about the sound quality of this LP? For a first attempt, this is indeed a good quality issue. As the music is more raw with lots of guitar effect, it sounded fresh and not over cooked with too much digital influence. Guitar sounds really fuzzy and authoritative. The drums sounded hollow in a good way, presented in its own hard hitting pace. The highlight for me was how this LP+mastering+music arrangement manage to shine out the details of the bassline. The bassist must be smiling to hear his works at this very detailed level. Vocal was also very clear and was not overshadowed by the grungy and shrieking guitar works. I say, this was a properly sound engineered recording and nicely pressed into a memorable first album for MUCK. And at the price they were selling it, it can easily put some of the main stream artist shoddy pressing and mastering quality to shame. Overall, it really reminded me of my short stint in a recording studio back in the UK. Managed to to record and release a 3 songs singles.... before I left the British band.... to avoid from flunking my studies :)
Congrats to this Local Trash Heroes who hails from Ipoh.... Proud to own one of your masterpiece.
Apabila saya diberitahu oleh salah seorang peminat muzik tersohor di Malaysia tentang rancangan Warner Music untuk menerbitkan semula Ziarah Seni dalam bentuk edisi set kotak, tanpa berfikir dua kali, saya terus membuat pra tempahan untuk memiliki satu set.
Selang dua minggu, saya telah berjaya memiliki set ini dan malam ini, tatkala anak-anak sudah tidur, saya mula memutarkan satu persatu cakera padat (empat kesemuanya). Memang tidak dapat dinafikan, mutu penerbitan semula hasil kerja Dato Ramli Sarip dan rakan-rakan artis lain adalah yang terbaik setakat ini. Saya menitiskan air mata mendengar betapa indahnya lirik dan melodi kemelayuan yang diketengahkan oleh Dato dan rakan-rakannya. Rock tetap di hati tetapi komposisi lagu-lagu di dalam set ini tidak mungkin boleh menjadi begiti puitis tanpa ada naluri kemelayuan yang utuh dan suci. Ini bukanlah kali pertama saya mendengar lagu-lagu Dato ini tetapi, ada kelainan yang saya alami apabila mendengar dari set ini.
Mengikut informasi yang diperolehi, tiada adunan semula dibuat semasa penerbitan semula set ini. Ia masih menggunakan rakaman utama yang sedia ada. Walaubagaimanapun, mutu audio dari set ini, walaupun dalam bentuk cakera padat berbanding dengan ketaksuban 'penggemar' piring hitam, boleh dikategorikan dalam kategori 'wajib dimiliki'. Vokal Dato dipersembahkan dalam aura asli rocknya tetapi masih dapat diserasikan dengan pasangan duet Dato yang lebih kontemporari seperti Dato Khadijah Ibrahim dan Jay Jay. Lagu yang paling terserlah bagi saya adalah Rasa Tempatan dari album Muzik Jelata. Melodi gitar akustik, piano, dram dan trumpet dalam melodi ala mambo dan carribean ini, begitu terserlah dalam menyampaikan lagu yang agak kompleks adunannya. Keseluruhan lagu ini disampaikan dalam adunan yang seimbang antara vokal, vokal latar dan kepelbagaian alat muzik.
Keterujaan saya amat tinggi sehingga saya mengambil keputusan untuk menulis ulasan hifi dan muzik saya yang pertama untuk tahun baru 2016 ini dalam bahasa ibunda tercinta.
Inilah kualiti yang dinanti-nantikan oleh peminat muzik Malaysia yang tulen. Industri muzik tanahair harus mengangkat kualiti sebegini untuk dijadikan contoh dan khazanah negara.
OK... received requests for me to write this in English... here you go:
When I was told by one of the local famous music fans in Malaysia's about Warner Music plans to reissue the Ziarah Seni in limited edition box set, without thinking twice, I pre-book it.
After two weeks, I was able to have this set and this evening, when the children are in bed, I started to spin one after another the compact discs (four total). Undoubtedly, the quality of the reissue of the works of Dato Ramli Sarip and other artist friends are the best by far. I shed tears hearing how beautiful the lyrics and melodies heritage highlighted by Dato and his colleagues. Rock remains at heart but the composition of the songs in this set may not be so poetic without instincts of the Malay sacred heritage. This is not the first time I heard the songs but, there are different layers of music that I experienced when I listened to this reissue.
According to the information obtained, no remastering made during the republishing of this set. It still uses the existing main recording.However, the audio quality of this set, even in the form of compact discs against 'fans' of the black disc, can be categorized as a 'must-have'. Dato's vocal presented in the original rock aura but can still be compatible with more contemporary duet partners as such as Dato Khadijah Ibrahim and Jay Jay. The song that is most evident to me is the track Rasa Tempatan from the album Muzik Jelata. Melodic acoustic guitar, piano, drums and trumpet in a mambo and Carribean style melodies, so evident in the track which is quite a complex blend. The whole song is delivered in a well-balanced mix between vocals, backing vocals and musical diversity.
I was full of excitement so I decided to write a review hifi and music for my first new year 2016 in my beloved native language.
These are qualities highly anticipated by music fans a truly Malaysian. Local music industry must elevate these qualities to serve as an example and preserve this as a national treasure.
A long wait.... but its worth it. Meaty sound with quite detailed presentation.
When I first heard about this compilation LP, I immediately pre book a copy. Mainly because of my love towards this kind of metal music and the fact that I no longer own the cassettes of these local underground bands.
The sleeve is one of the better quality sleeves produced for a local LP release. The artwork design is eccentric with a mixture of bloody gory zombies and cartoon based art. Reminds me a lot of the band Gorillas.
The music.... What can I say... I am a sucker for a good various type of metal music and of course thrash music. My favourite track is the first track Thrash Or Be Thrashed by Central Disposal. The overall sound quality is in between medium to good. Very meaty sound with regards to providing that metal adrenalin. Even for this kind music, the reproduction of the music is filled with high clarity and detail. The speedy double pedal on the drums brings out the slam in each track. However, at times, it can sound a bit thin where I had to crank up the volume to about 12 o' clock on the amp. Nevertheless, it is indeed a good production overall. A very good and exciting initiative to elevate the LP passion among the local metal lovers.
Even though my music taste evolved over time, it is when I started listening my youth music that made me realise which genre that really close to my heart. Definition of a good music to me is the one that move your soul and bring emotion into picture, regardless on what medium it comes from.
Today, I re-lived my youth when I received this newly reissued EP by The Bollocks. It brought back memories of pogo dance, mosh pit and stage dives during my gig-going era. Spinning this EP on my Lenco brought up quite an emotional experience through the songs Chaos KP, Obat, Police Federation, My Friend, Neo Arqam and The Bitch.
Thanks to Shammir of Basement Records, this EP came in a well packed packaging. Fully protected from the wrath of the local poslaju on a bad hair day. The EP and the sleeve were quite impressive in quality. The pressing was also spot on except that the recording source was still in its very raw demo like quality which was still ok.
Now... if only I can get my hands on Splatters, Carburettor Dung and many more...
Thee local underground scene is full of surprises. After a series of albums from various bands were released on LP format, the tradition continues and now is Langsuir's turn. Out soon.
A visit to this event will not be complete without commercial damage to my pocket.
But the highlight of the acquisition is Todd Garfinkle's autographed limited edition CD which I received for the review I did on his music and recording. Thanks Todd and Dick Tan.