Sejak tahun lepas, peminat lagu2 tempatan 80an dan 90an telah disajikan dengan pengeluaran semula piring2 hitam artis tempatan dan negara jiran yang terkenal seperti Wings, XPDC, Ella dan Rusty Blade. Ternyata peminat2 rock tanahair agak teruja dengan peluang untuk mengimbas kembali nostalgia rock mereka dengan memiliki edisi terhad piring2 hitam ini. Walaupun terdapat beberapa kelemahan dalam pengeluaran LP tempatan ini, pihak terbabit seperti Dream Studio, Warner Music, Life Records masih tetap terus mencuba untuk menghasilkan LP yang lebih mantap untuk memberi peluang kepada peminat muzik tanahair mengimbau kembali bagaimana muzik dinikmati di era 80-an dan 90-an.
Sekarang, pengeluaran LP diperkembangkan lagi ke genre muzik tempatan yang lain. Pemilihan album Hijau oleh Zainal Abidin, antara penghibur tersohor negara, sebagai LP pertama untuk keluaran semula bagi genre selain rock memang dialu-alukan oleh peminat muzik tanahair. Tidak dapat disangkalkan, lagu-lagu dalam album ini telah membentuk satu ikutan genre yang baru sekitar 90-an. Bahkan lagu Hijau tersebut masih lagi dimainkan pada hari ini di peringkat sekolah dan tadika bagi memupuk perasaan cintakan alam sekitar ke dalam kanak-kanak. Usaha untuk menerbitkan semula album ini diterajui oleh Dream Studio di bawah kelolaan Dato Zaharul Anuar sejak tahun lepas lagi dan akhirnya, hasilnya akan dapat dimiliki oleh peminat Zainal Abidin bermula daripada 17 haribulan Mac ini.
Dengan izin Dream Studio, saya berkesempatan untuk membuat sedikit ulasan ke atas Test Pressing album ini beberapa minggu yang lalu. Album ini telah diadun semula di Australia di mana Test Pressing ini dihantar ke Kuala Lumpur untuk pemeriksaan akhir sebelum proses pengeluaran 500 keping LP dijalankan. Mujurlah saya juga memiliki LP album ini dari keluaran pertama pada tahun 1991. Maka bolehlah saya bandingkan serba sedikit mutu audio yang akan disajikan kepada peminat Zainal pada 17 Mac ini.
Kali pertama saya memainkan Test Pressing ini menggunakan pemain piring hitam Lenco L78 dengan kartrij MM, soundstage atau pementasan audio nya agak luas berbanding dengan keluaran pertama. Adunan semula jelas menekankan clarity atau tahap kejelasan audio di mana vokal Zainal jelas diketengahkan. Dari sudut treble atau spektrum frekuensi tinggi, sekali lagi jelas diperdengarkan. Walaubagaimanapun, ini telah mebuatkan bass atau spektrum frekuensi rendah agak kurang ditekankan. Ini mungkin berdasarkan genre muzik nusantara yang lebih santai dan kurang 'dentuman' bass. Secara keseluruhannya, pementasan audio yang dipersembahkan dari pengeluaran semula LP in sememangnya menghala ke arah tahap kejelasan vokal dan lapisan instrumen etnik yang digunakan. Bahagian bass tidaklah begitu menonjol dan ini membantu untuk melahirkan pementasan audio yang lebih luas.
Hijau Test Press on Lenco L78
Ada juga beberapa ketika di mana bunyinya agak nyaring apabila dimainkan di atas pemain Lenco L78. Maka, saya mainkan semula Test Pressing ini menggunakan kartrij MC dengan pemain ClearAudio. Ciri2 audio yang agak serupa dapat didengarkan tetapi dengan pementasan audio yang sedikit lebih kecil berbanding dengan Lenco tadi. Tetapi sekali lagi, clarity atau tahap kejelasan audio terutama vokal memang jelas diutamakan. Kenyaringan bunyi lebih terkawal apabila dimainkan di atas ClearAudio. Lebih santai dan gemalai. Tahap bass masih sama, lebih kepada audio latar belakang.
Hijau Test Press on ClearAudio
Setelah mendengar beberapa kali Test Pressing ini, dapatlah saya simpulkan di sini yang adunan semula album ini telah menekankan kepada meluaskan spektrum pementasan audio dan tahap kejelasan vokal dan treble. Ianya boleh lah dikatakan sebagai satu usaha unutk memberi peminat Zainal satu kelainan berbanding ning dengan keluaran pertama LP ini pada tahun 1991.
Sedikit kegusaran yang telah saya utarakan kepada pihak Dream Studio ialah mengenai bilangan lagu pada keluaran LP ini. Setelah melihat senarai lagu, barulah saya perasan yang keluaran kali ini akan terkurang satu lagu berbanding dengan keluaran pertama. Agak terkejut juga melihat yang lagu tersebut yang digugurkan ialah Ikhlas Tapi Jauh, satu lagi killer song Zainal. Setelah mendengar penjelasan dari pihak Dream Studio, ia sememangnya tidak dapat dielakkan demi mengutamakan mutu audi yang inigin disampaikan kepada peminat. Di bawah adalah penjelasan rasmi dari mereka.
Kesimpulannya, pengeluaran semula LP Hijau ini merupakan satu sejarah buat peminat Zainal Abidin. Proses pengeluaran semula LP tempatan terus diperbaiki dari masa ke semasa dan LP Hijau ini boleh dikategorikan sebagai 'Mesti Milik' untuk mengabadikan satu lagi khazanah tempatan. Untuk menempah LP ini, bolehlah hubungi Dream Studio melalui Facebook.