Sunday 3 January 2016

Dato Ramli Sarip's Ziarah Seni Reissue Box Set - A Local Khazanah





Apabila saya diberitahu oleh salah seorang peminat muzik tersohor di Malaysia tentang rancangan Warner Music untuk menerbitkan semula Ziarah Seni dalam bentuk edisi set kotak, tanpa berfikir dua kali, saya terus membuat pra tempahan untuk memiliki satu set.

Selang dua minggu, saya telah berjaya memiliki set ini dan malam ini, tatkala anak-anak sudah tidur, saya mula memutarkan satu persatu cakera padat (empat kesemuanya). Memang tidak dapat dinafikan, mutu penerbitan semula hasil kerja Dato Ramli Sarip dan rakan-rakan artis lain adalah yang terbaik setakat ini. Saya menitiskan air mata mendengar betapa indahnya lirik dan melodi kemelayuan yang diketengahkan oleh Dato dan rakan-rakannya. Rock tetap di hati tetapi komposisi lagu-lagu di dalam set ini tidak mungkin boleh menjadi begiti puitis tanpa ada naluri kemelayuan yang utuh dan suci. Ini bukanlah kali pertama saya mendengar lagu-lagu Dato ini tetapi, ada kelainan yang saya alami apabila mendengar dari set ini.

Mengikut informasi yang diperolehi, tiada adunan semula dibuat semasa penerbitan semula set ini. Ia masih menggunakan rakaman utama yang sedia ada. Walaubagaimanapun, mutu audio dari set ini, walaupun dalam bentuk cakera padat berbanding dengan ketaksuban 'penggemar' piring hitam, boleh dikategorikan dalam kategori 'wajib dimiliki'. Vokal Dato dipersembahkan dalam aura asli rocknya tetapi masih dapat diserasikan dengan pasangan duet Dato yang lebih kontemporari seperti Dato Khadijah Ibrahim dan Jay Jay. Lagu yang paling terserlah bagi saya adalah Rasa Tempatan dari album Muzik Jelata. Melodi gitar akustik, piano, dram dan trumpet dalam melodi ala mambo dan carribean ini, begitu terserlah dalam menyampaikan lagu yang agak kompleks adunannya. Keseluruhan lagu ini disampaikan dalam adunan yang seimbang antara vokal, vokal latar dan kepelbagaian alat muzik.

Keterujaan saya amat tinggi sehingga saya mengambil keputusan untuk menulis ulasan hifi dan muzik saya yang pertama untuk tahun baru 2016 ini dalam bahasa ibunda tercinta.

Inilah kualiti yang dinanti-nantikan oleh peminat muzik Malaysia yang tulen. Industri muzik tanahair harus mengangkat kualiti sebegini untuk dijadikan contoh dan khazanah negara.






OK... received requests for me to write this in English... here you go:


When I was told by one of the local famous music fans in Malaysia's about Warner Music plans to reissue the Ziarah Seni in limited edition box set, without thinking twice, I pre-book it.

After two weeks, I was able to have this set and this evening, when the children are in bed, I started to spin one after another the compact discs (four total). Undoubtedly, the quality of the reissue of the works of Dato Ramli Sarip and other artist friends are the best by far. I shed tears hearing how beautiful the lyrics and melodies heritage highlighted by Dato and his colleagues. Rock remains at heart but the composition of the songs in this set may not be so poetic without instincts of the Malay sacred heritage. This is not the first time I heard the songs but, there are different layers of music that I experienced when I listened to this reissue.

According to the information obtained, no remastering made during the republishing of this set. It still uses the existing main recording.However, the audio quality of this set, even in the form of compact discs against 'fans'  of the black disc, can be categorized as a 'must-have'. Dato's vocal presented in the original rock aura but can still be compatible with more contemporary duet partners as such as Dato Khadijah Ibrahim and Jay Jay. The song that is most evident to me is the track Rasa Tempatan from the album Muzik Jelata. Melodic acoustic guitar, piano, drums and trumpet in a mambo and Carribean style melodies, so evident in the track which is quite a complex blend. The whole song is delivered in a well-balanced mix between vocals, backing vocals and musical diversity.

I was full of excitement so I decided to write a review hifi and music for my first new year 2016 in my beloved native language.

These are qualities highly anticipated by music fans a truly Malaysian. Local music industry must elevate these qualities to serve as an example and preserve this as a national treasure.



No comments: