Sunday, 23 July 2017

Suntikan Baru - Sang Gendang Berbunyi Lagi


Tukang rentak, pemukul deram, drummer, pemain perkusi... apa jua nama diberi, jarang orang ramai atau peminat mana2 kugiran akan menyebut2 tentang posisi ini apabila berbicara mengenai sesebuah kugiran. Mungkin kerana pemain deram dan alatnya sering diletakkan di belakang ketika konsert. Jaranglah orang nak melayan pemain deram. Kalau orang layan pun, kalau ada slot solo bila penyanyi nak rehat.

Saya, sebagai seorang pemain deram yang terror lebih sikit dari Dave Grohl :), apabila melihat Sang Gendang (nama FB En. Yazit, pemain deram Search) menubuhkan sebuah kugiran baru bernama Rampage, saya terpanggil untuk mengikuti perkembangan kumpulan ini. Apabila pengumuman mengenai pelancaran album/EP pertama mereka muncul di FB  minggu lalu, saya langsung terus membuat tempahan. Hasil karya mereka dikeluarkan di dalam bentuk CD. Turut disertakan bersama CD ini ialah poster dan mini booklet.

Tidak perlu dipertikaikan kewibawaan  barisan pemuzik di dalam Rampage. Semuanya menyumbang ke arah satu kelainan di dalam industri muzik tanahair.

Terdapat 5 buah lagu dimuatkan di dalam debut ini.
  1. Torpedo
  2. Selimuti Hawa 
  3. Hipokritik
  4. Apa Mahu Mu
  5. Rempuh
GENRE BARU?

Agak sukar bagi saya hendak merumuskan genre yang di bawa oleh Rampage. Dari segi susunan lagu, setiap lagu mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Dan di dalam setiap lagi itu juga terdapat rentak2 yang berlainan.

Sebagai contoh, lagu rock ballad Apa Mahu Mu (lagu kegemaran saya) dimulakan dengan melodi yang gemalai dengan petikan gitar dan permainan cymbal yang gemersik. Tempo dilajukan dengan petikan gitar solo yang banyak mengingatkan saya kepada lagu2 ballad Bon Jovi. Di penghujung lagu ini pula, tempo dilajukan lagi. dengan En. Yazit kita memberi lebih tenaga kepada bahagian ini. Vokal dan gitar juga lebih bertenaga.



Berbeza pula dengan Hipokritik di mana permainan perkusi dimulakan dengan pengaruh lebih kepada nusantara. Petikan gitar juga, sekali dengar macam alat muzik sape sebelum efek dimasukkan. Apabila lagu memasuki bridge yang pendek, melodinya seakan2 ke arah Ugly Kid Joe (I Hate Everything About You). Amat segar dan berbeza melodinya. Korusnya yang dalam Bahasa Inggeris juga membawa kelainan di dalam persembahan lagu ini.



Untuk 3 lagu yang lain, saya tidak akan menaik muat sampler untuk menyimpan sedikit elemen kejutan kepada peminat rock tanahair. Selimuti Hawa merupakan satu lagi lagu killer pada saya dengan permainan bass yang padu. Memang jelas dapat diperdengarkan kekuatan lagu ini adalah pada melodi bass dan permainan snare En. Yazit kita.

Torpedo pula dimulakan dengan ngauman gitar yang berat. En. Yazit pula bermain hi hat secara terbuka dengan drum roll yang padu. Agak menarik pendekatan ini di mana En. Yazit memuatkan tidak kurang daripada 4 atau 5 rentak yang berbeza.

Lagu Rempuh pula juga menjanjikan kelainanan dengan gorengan gitar solo di awalnya. Rentak yang dibawa masih berat dan riff gitar dan melodi bass yang berirama ala2 alternative juga adanya.

MUTU ADUNAN AUDIO?

Rampage telah menitik beratkan mutu adunan di mana vokal dan semua alat muzik jelas keperinciannya. Tidak ada elemen suara tenggelam apatah lagi ketidakseimbangan frekuensi. Paluan deram En. Yazit jelas padunya termasuk juga pedal bassnya. Melodi gitar bass jugak amat jelas dan gorengan gitar solo dan efeknya melahirkan satu persembahan yang agak modern berbanding dengan zaman 'rock kapak' yang saya membesar dengan. Semua ini di perlengkapkan dengan vokal yang bertenaga dan berintonasi dengan jelas.

KESIMPULAN?

Satu perkataan sahaja.... BELI.

Nak lebih? Satu khazanah baru dalam persada muzik tanahair.







No comments: