Saturday, 21 May 2016

Rusty Blade Ulang Tahun ke 30 - EP 786 Ikrar Perwira


Rusty Blade.... kepada peminat rock kapak di rantau ini.... nama kumpulan ini semestinya tidak asing kepada mereka. Kugiran rock yang amat berpengaruh suatu masa dulu ini, sudah berusia 30  tahun ini. Untuk meraikan pencapaian ini, Dream Studio telah mengembalikan zaman kegemilangan Rusty Blade dengan melancarkan edisi terhad EP pertama mereka 786 Ikrar Perwira EP dalam bentuk piring hitam. Piring hitam ini dipasarkan oleh Dream Studio dan telah dilancarkan secara rasmi pada 16 hb Mei baru-baru ini.

Sejak kebelakangan ini, peminat piring hitam tanahair sering mendapat berita mengenai rancangan beberapa syarikat rakaman untuk memasarkan kembali album-album klasik kumpulan rock di sini seperti Search, Wings dan sebagainya. Walaubagaimanapun, berita hanya tinggal berita buat masa ini. Dengan adanya usaha Dream Studio yang dimiliki oleh Dato Zaharul Annuar ini, agak terubat rasanya perasaaan menunggu para peminat rock kapak dan piring hitam tanahair. EP ini menganduingi 5 buah lagu: 

Lampiran A
  • 786 Ikrar Perwira
  • Gadis Lincah
  • Darah Muda
Lampiran B
  • Pemuda Rock N Roll
  • Pertama dan Terakhir


Mengenai mutu pencetakan semula album ini, ia boleh dikatakan berada di tahap yang amat memuaskan. Ini termasuk juga kulit luar yang agak tebal dan 'glossy'  dan juga poster yang lebih menyerlahkan keistimewaan piring hitam ini. Piring hitamnya sendiri merupakan kualiti tinggi dengan berat 180 gram di mana kebanyakan orang melabelkannya sebagai tahap 'LP audiophile'. Mutu bunyi pula amatlah memuaskan di mana adunan gitar, dram, bass dan vokal begitu padu dan terperinci. Kekuatan LP ini pada saya adalah lebih kepada vokal Yantzen yang timbul walaupun adanya petikan atau gorengan gitar Khalid yang sememangnya rock. Amat memuaskan!

Kepada peminat rock tanahair dan serantau, ini adalah satu EP yang tidak boleh dilepaskan peluang untuk memilikinya. Lekas-lekas lah hubungi Dream Studio di talian 03-62010372

Diharap juga syarikat-syarikat rakaman atau peminat seni individu di Malaysia lebih bersungguh-sungguh untuk memasarkan kembali album-album rock kapak dari era 1980 dan 90 an.

Dipersilakan untuk mendengar sampel lagu dari EP ini.


Post a Comment